Wednesday, July 24, 2019

Kampungku Balun

Berita ini dipetik dari Surat Khabar Berita Harian yang diterbitkan pada 19 April 2015 (Ahad)

https://www.bharian.com.my/node/48377

TERTANYA-TANYA juga kenapa ada tempat menggunakan nama balun, yang bermaksud belasah cukup-cukup dan selalunya membawa gambaran negatif.
Mungkin suatu ketika dulu, tempat itu jadi lokasi pertemuan kumpulan penjahat untuk 'membalun' mangsanya. Mungkin juga tempat untuk penduduk kampung 'balun' cukup-cukup penjahat yang selalu mengganggu keselamatan kampung.
Hakikatnya, kisahnya tidak sebegitu di sebalik nama Kampung Balun.
Apabila masuk ke Kampung Balun di Slim River, Perak mesti akan nampak sebuah bangunan tinggi terletak di kawasan lapang dan berbukit berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Balun dengan reka bentuk yang sungguh unik.
Bangunan itu ialah surau atau Madrasah Tinggi yang digunakan oleh penduduk terawal kampung ini, bukan sahaja sebagai tempat beribadat tetapi juga menjalankan aktiviti kemasyarakatan. Ia dibina pada tahun 1925 selepas pembukaan Kampung Balun pada tahun 1920, yang diketuai Ketua Kampung, Mohd Ibrahim Bujang.
Beliau bersama-sama 12 penduduk menggunakan kayu hutan bermutu tinggi yang dibawa dengan menggunakan kerbau untuk membina surau itu.
Surau ini mempunyai tiga tingkat, dibina tanpa menggunakan paku kecuali di bahagian bumbung. Tingkat atas sekali dibina sebagai tempat keratong, yang dibuat daripada kayu keras dan di tengah-tengahnya ditebuk lubang menegak.
Selain diketuk sebagai menandakan masuk waktu solat, ia berfungsi sebagai memaklumkan ada kematian. Sembilan kali ketukan menandakan orang dewasa lelaki meninggal dunia dan tujuh kali ketukan pula tandanya, orang dewasa perempuan meninggal dunia, manakala lima kali ketukan menandakan kanak-kanak meninggal.
Anak jati Kampung Balun, Ramli Dom Hamzah, 58, berkata tujuan surau dibina di tempat yang tinggi ialah untuk memudahkan orang ramai mendengar keratong berbunyi atau suara azan apabila dilaungkan didengari seluruh penduduk kampung.
Perbelanjaan membeli zink ketika itu disumbangkan oleh Tok Penghulu Daud dari Tanjung Malim dan tukang kayu yang menggergaji kayu-kayan untuk membina surau itu dilakukan oleh tukang berbangsa Cina yang bermurah hati serta amat dikenali penduduk di sini.
Guru agama pertama di surau ini dibawa khas dari Besilam, Sumatera, Indonesia dikenali sebagai Haji Shafie Abdul Hamid. Nama asalnya, Hasan Abdul Hamid dan mencadangkan agar kampung ini dijadikan Besilam Kedua sebagai tempat pengajian agama Islam di rantau ini.
Oleh kerana kekurangan kelengkapan dan alatan serta kewangan pada masa itu, pembinaan surau mengambil masa lima tahun.
"Zaman itu memang susah untuk menampung pembinaan surau ini. Seramai 30 penduduk menderma sebanyak 10 kati getah (kira-kira 18 kg) dalam sepikul setiap kali menjual getah hingga bangunan itu siap dan boleh digunakan penduduk.
"Surau itu mula dijadikan tempat solat Jumaat bermula pada tahun 1936 hingga pada tahun 50-an iaitu lebih kurang 14 tahun sebelum Allahyarham Cikgu Buyung Kamat mewakafkan sebidang tanah untuk dibangunkan sebuah masjid berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Balun dan kekal sehingga hari ini," kata Ramli.
Asal usul Kampung Balun 
Terdapat dua sumber mengenai nama Kampung Balun yang asalnya dikatakan sebuah kawasan berpaya. Kampung ini dipisahkan oleh Sungai Balun dengan Kampung Sempa.
Penduduk asal Kampung Balun dipercayai Orang Asli. Perkataan 'balun' berasal daripada nama penyakit yang menyebabkan beberapa Orang Asli di kampung ini meninggal dunia.
Mereka terpaksa berpindah ke tempat lain kerana mengikut adat dan pantang larang nenek moyang, apabila ada kematian maka secepat mungkin mesti berpindah, sebelum hantu si mati menjelma dan seterusnya mengganggu serta membawa malapetaka kepada orang yang hidup.
Mengikut sumber lain, yang boleh diterima pakai hingga hari ini, nama Kampung Balun juga dipercayai sempena nama Tok Batin atau Ketua Orang Asli iaitu Tok Balun.
Ketua Kampung Balun pertama di sini dipercayai berketurunan putera bongsu Raja Tembusai, Sumatera, Indonesia, iaitu Sultan Malim Maharaja Lela, yang membawa diri setelah gagal menaiki takhta apabila Sultan Malim Maharaja Lela mangkat dan belayar hingga sampai ke Tanah Melayu menggunakan nama Bujang.
Pengembaraannya itu berakhir di Kampung Lubuk Salak, Hulu Selangor sekitar tahun 1870-an. Beliau diterima oleh masyarakat tempatan lalu berkahwin dengan anak perempuan Tok Menteri Hussein, Orang Besar Daerah Hulu Selangor.
Bujang berkerja sebagai kontraktor membina landasan kereta api dari Tanjung Malim ke Sungkai dikurniakan empat anak, iaitu Ibrahim, Alang, Bedah dan Othman. Ibrahim mewarisi kerja peninggalan ayahnya dan berpindah ke Kampung Sempa dan menanam pokok getah.
Dirasakan tidak sesuai mendiami kawasan ini kerana kekurangan bekalan air, beliau bersama 31 penduduk asal kampung ini membuka perkampungan baru dikenali Kampung Balun dan diangkat menjadi Ketua Kampung Balun yang pertama.
Penduduk, Zambri Dam, berkata sekolah rendah di kampung ini dibina pada tahun 1931 juga oleh Tok Empat Mohd Ibrahim Bujang bersama penduduk kampung dan seorang murid daripada 10 murid perempuan pertama di sekolah itu bernama Saebah berusia 90-an, masih hidup.
Katanya, setelah sekolah itu siap, Tok Empat Ibrahim meminta bantuan Pengetua Sultan Idris Training Collage Tanjung Malim (SITC) menempatkan seorang guru di sekolah kampung itu dikenali sebagai Sekolah Melayu Kampung Balun.
Seorang guru dari SITC dikenali Abdul Aziz Amat ditempatkan di sekolah itu dan enam bulan kemudian seorang lagi guru tiba, iaitu Harun Abdul Kadir.
"Pengetahuan mendalami asal usul Kampung Balun ini berjaya merungkai pelbagai persepsi orang ramai yang lalu lalang melalui jalan persekutuan, Tanjung Malim - Ipoh apabila melihat papan tanda kampung itu kerana perkataan Balun itu membawa banyak maksud," katanya.

Saturday, July 6, 2019

Training for Senior Assistants of Takmir Education Foundation

6 July 2019, Saturday
IAB Northern Branch, Kedah


A group of 30 senior assistants of schools under the Takmir Education Foundation attended this training program. I was entrusted to deliver a topic on Problem Solving and Decision Making for Leaders. 





Receiving a token of gift from Program Coordinator, Tn. Hj. Mohd Idris Mahmud


Tn. Hj. Nazmi, one of the participant 
Nazmi had attended my training program way back in 2013 on 'Action Research'. I was lucky to have met him again at this program.